Rabu, 28 Oktober 2009

1 MALAYSIA 2 PERAK 3 KATAK

DUN PERAK KECOH LAGI,  DUN Perak: BN lulus bajet, Pakatan lulus tiga usul 
  
Dalam sejarah, hari ini(28 oktober 2009) DUN PERAK sekali lagi kecoh dengan pelbagai adegan-adegan yang menarik dan sesekali lucu diperkatakan.  Kekecohan yang berlaku pada awal pagi ini berlarutan sehingga dewan ditangguhkan pada tengahari ini.


Adegan yang bermula dengan pihak polis yang  menjadi pelakon yang memainkan peranan penting pada babak yang pertama. mereka telah diarahakan oleh  tuan pengarah (tak tahu sape) untuk berkawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan    negeri. beginilah polis-polis yang berkawal ketat bagaikan menhadapi zaman darurat. Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat. ADUN pakatan rakyat yang hendak masuk ke bangunan sakretariat seperti biasalah anatara sebabnya atas kehendak keselamatan katakan...


Pada mulanya, sidang dewan bermula seperti biasa dan kelihatan ramai pengawal keselamatan yang ditugaskan abgi menhlang perkara yang buruk berlaku seperti 7 Mei yang lalu. 
Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Semasa  perbentangan bajet yang dibacakan oleh  Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,ADUN pakatan rakyat masih ,lagi tidak kelihatan dalam dewan. Sebabnya,   mereka dihalang oleh pihak polis.







Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Kesian ADUN pakatan rakyat, walaupun begitu meeka tekat dan bersungguh-sungguh demi amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada meraka untuk menjadi pemimpin yang optimis pada tugas. ADUN pakatan dapat juga masuk walaupun merentas rintangan yang ada diluar dewan. Ketika tiba dalam dalam dewan, sidang telah ditangguhkan seketika oleh  menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.      

Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ. Sivakumar yang berada di kerusinya telah memulakan sidang dewan sendiri. Nizar meminta izin untuk bercakap tetapi pembesar suara ditutup. Beliau telah  membentangkan menggantung semua Kem Program Khidmat Negara dan aktiviti ko-kurukulum yang lain ekoran tragedi di Kampar kelmarin, sehingga selesai siasatan. Usul itu 'diluluskan' sebulat suara.

Sivakumar telah menangguhkan 'sidang' Pakatan. Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.




Dalam sidang DUN Perak - 2 dalam 1 - BN meluluskan bajet negeri di tengah kekecohan sewaktu bersidang, manakala ADUN Pakatan pula mengadakan sidang sendiri dan kemudiannya menangguhkan 'persidangan' mereka.

Begitulah sedikit gambaran yang berlaku hari ini  dalam sidang DUN Perak yang menyaksikan    
persidangan - 2 dalam 1 - DUN Perak, BN meluluskan bajet negeri, manakala ADUN Pakatan meluluskan tiga usu iaitu,
1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan melantik pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator.

Sampai bilakah kemelut politik yang berlaku di Perak ini boleh selesai. Disebabkan 3 orang Adun pakatan yang melompat menyebabkan 2 orang Menteri Besar dibawah kepimpinan 1 Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak. Mungkin jalan yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut ini dengan diadakan pilihan raya peringkat negeri bagi memilih pemimpin yang baru....

sumber: malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails