Khamis, 5 November 2009

Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!


 KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusa

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.
Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

�Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,� ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.
Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.
Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.
Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.

�Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,� ujarnya.
Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.
Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.
�Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,� ujarnya.
Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

sumber:harakah

Rabu, 4 November 2009

Dr Asri: Saya Bukan Wahabi Dan Tak Tahu Apa Itu Wahabi!





PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.
Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.
Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.
Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?
"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.
Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.
"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.
Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.
"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.
"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.
"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.
Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.
"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.
"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.
Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.
"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.
Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.
"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.
"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.

SUMBER:      http://www.mstar.com.my

Isnin, 2 November 2009

DR MAZA DITANGKAP


Gambar-gambar sekitar penagkapan DR MAZA di sebuah ruamah  sebuah banglo di Ampang oleh JAIS bersama  pihak polis semasa berceramah kira-kira pukul 12.10. Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor BERNAMA.
 
Beliau sebelum ini seorang Mufti yang banayak kontrovesi. Ada sesetengah pihak menyatakan beliau seorang wahabi, walaubagaimanapun beliu telah menjelaskan sebelum ini beliau bukan wahabi.

Antara sebab beliau ditangkap kerana tidak memepunyai tauliah dari JAIS untuk memberikan kuliah agama. 
 
Menurut Ketua Pemuda Pas Pusat ust Nasarudin Tantawi, beliua amat kesal atas tindakan yang di buat oleh JAIS kerana membuat penagkapan tersebut dan  menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Dari sudut lain penangkapan oleh Jais itu walaupun Asri mengakui beliau ada masalah dengan Jais kemungkinan ianya untuk memberi imej buruk kepada kerajaan Pakatan Selangor. Dengan penangkapan itu memberi imej kerajaan Pakatan Selangor cuba menghalang pengembangan agama Islam.

Dalam perkembangan lain, Asri dibawa ke pejabat agama Gombak hari ini untuk diambil keterangan. [wm.kl. 9:45 am 02/11/0.

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails