SEBAT CARA ISLAM
cara sebat dalam Islam ni lebih baik dari sebat cara hukuman sivil. Atau dgn kata lain. sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan dari cara hukuman sivil. dalam syariah, cara nak sebat, masa nak angkat rotan tu, tak boleh nampak ketiak kita ( hadith rasulullah) misalannya, kalau kita kepit buku kat ketiak tu dan angkat rotan untuk sebat pesalah tu, buku tu tak jatuh. rotan yg digunakan bagi pesalah jenayah syariah adalah lebih kecil diameternya dari svil. Objektif dilaksanakan hukuman adalah li ta'dib-untuk mendidik dan bukannya li ta'ziib-untuk menyiksa pesalah. Kesan dari sebatan tidak boleh berdarah pada kulit pesalah tapi bagi pesalah sivil hmm.. parut tu hanya akan hilang selepas 2 tahun. Ini pun bergantung pada jenis kulit jugak..
pendakwa syarie, pengawai jabatan agama dan hakim2, jgn takut untuk memastikan penjenayah yg melakukan jenayah yg membawa hukuman sebat, jgn takut untuk melaksanakan tugas anda.Negeri2 lain selain dari negeri kelantan, ikut lah jejak langkah negeri kelantan yg telah pun melaksnakan hukuman sebat ini sejak 1987 lagi. kalau yg belum beli rotan lagi, sila lah ke kedai buat survey, yg mana satu rotan yg sesuai mengikut syara' untuk digunakan.
ada ditunjukkan gambar dan demonstrasi cara sebatan yg dibuat oleh pegawai penjara.. takuuut saya tengok. utuk pesalah sivil saya tengok, tukang sebat tu, pusing 360' untuk menyebat pesalah. Pah bakpo, tak terberak n terkencing pesalah. pengsan tu biasa lah, kata pengawai penjara. Menurut Tuan Abu Bakar Abdullah Kutty, Ketua pendaftar mahkamah syariah negeri Kelantan, masa dia tengok demonstrasi di jabatan penjara ( masa tu dia jadi ketua pendakwa syarie-hok bengkeng sekali padahal tu) lepas tengok, 3 hari dia demam. tak tau kalau saya yg tengok.. pengsan tak bangun2 lagi kot!
jadi, fahamlah dan fikirlah. mana yang lebih baik, khususnya yang menetang hukuman syriah serta hudud dijalankan. apakh anda tikak boleh berfikir dengan akal yang waras.. kepada sister in islam dan sekutunya termasuklah yang menyokong mereka fikirlah semula. moga-moga anda akan tergolong dalam orang-orang yang membela islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan