Rabu, 7 Oktober 2009

'Rasul Melayu' insaf, dibicarakan

Ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad, hari ini membuat akujanji kepada Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam bahawa dia akan membetulkan akidah semua pengikutnya apabila selesai menjalani hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya kelak.Abdul Kahar, 59, juga memberitahu mahkamah bahawa dia telah bertaubat nasuha dan berjanji akan menghabiskan sisa umurnya untuk menjadi seorang Islam yang soleh berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah.


Pada 24 September lalu, Abdul Kahar, yang turut diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong, mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 termasuk mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Tertuduh juga tidak mampu mengemukakan fakta yang jelas tentang jumlah pengikutnya yang telah terpesong dengan fahaman salah yang dibawa olehnya, malah kami percaya masih ramai lagi pengikut beliau yang belum bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.

"Kesalahan tertuduh ini telah mengakibatkan berlakunya pecah belah dalam masyarakat Islam di negara ini dan adalah wajar dia dihukum dengan hukuman yang berat seperti sebatan dan pemenjaraan," kata Abdul Shukor.

Beliau dibantu oleh pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Muhamad Nazri Basrawi dan Zusyarafain Md.Yusof.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad kemudian menetapkan 21 Oktober ini untuk mengenakan hukuman terhadap Abdul Kahar.

- Bernama

Dalam isu ini, mahkamah syariah perlulah memartabatkan hukuma syariah dalam menghukum rasul melayu ini agar insaf.. sebatan dalam syariah yang telah dijelaskan pada tulisan yang lalu yang mana bukan menghukum semata-mata tetapi nak memberikan pengajaran kepada pesalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails