Jumaat, 23 Oktober 2009

Mari kita bunuh setan malam Jumaat..

 Seorang lelaki berusia akhir 50an baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Jiran sekampung menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu. Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pensyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang, selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu kannn... abang kann...dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor syaitan". Kata si suami, "Ye kerr... tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kannnnn, betul tak sayanggg..." sambil tersenyum lebar. Si isteri hanya tersenyum panjang. Maka mati lah 30ekor setan malam tu, pengantin baru kata kaaan! Besok nya, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum panjang. Besok lagi, si isteri berkata lagi,"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...". "Tak pe... tunggu laaaa malam nanti, setan banyak waktu malammm!". Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil mengangguk lemah, "Hilang akal ker bini baru aku niiii ", berkata nya dia di dalam hati. Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita bunuh syaitan banggg..." Si suami, tiba-tiba marah dan berteriak ... "Awak nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh saya??...!!"

moralnya..  janganlah terlalu nak bunuh syaitan kerana mungkin kita akan terbunuh, agak-agaklah.. sesungguhnya ALLAH bersam orang-orang yang sabar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails