Isnin, 5 Oktober 2009

Harussani Za­karia bidas SIS

“Ka­lau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Za­karia mengulas cadangan Kumpulan Tindakan Bersa­ma untuk Persamaan Jantina (JAG) dianggotai Sisters in Islam dan beberapa pertu­buhan bukan kerajaan (NGO) lain supaya huku­man sebat dalam un­dang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan.

JAG yang dibangun atas nama pembela hak asasi ma­nusia sebelum itu menggesa kerajaan menilai kembali dan memansuhkan un­dang-undang syariah yang menerapkan hukuman seba­tan berikutan menurut me­reka dianggap mendera se­lain mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggapnya ke­jam, tidak berperikemanu­siaan dan menjatuhkan ma­ruah.

Mereka turut mendakwa mengikut peruntukan Sek­syen 289 Kanun Acara Je­nayah menyebut dengan jelas wanita dilarang daripada tin­dakan sebat sekali gus ber­canggah dengan sebatan me­ngikut undang-undang Sya­riah yang aktif dijalankan Perlis, Pahang dan Kelantan.

Mengulas isu itu, Harus­sani berkata, Allah SWT se­cara terang menyebut dalam al-Quran bahawa apa yang didatangkan dan dihukum Rasullulah s.a.w hendaklah di­ambil sekali gus diikuti, ma­nakala larangannya perlu di­patuhi dan jangan sesekali diamalkan dalam kehidupan harian.

“Jadi hukuman ini (sebat kerana minum arak) me­mang disuruh Nabi Muham­mad s.a.w, kenapa pula kita tidak ikut, dan mereka ini (JAG) atau Sisters in Islam ini sebenarnya menentang Islam bukannya mereka mengikut ajaran Islam.

“Mereka anggap hukum Allah itu kolot sedang­kan kita ini pun dijadikan oleh Allah, cukup anggota-nya, diberi akal fikiran... te­ngok betapa hebatnya Allah yang mencipta dan meng­hidupkan semua perkara.

“Jangan kita pula hendak memperkecilkan Allah dan hukum-Nya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai hukuman sebat ke atas model sambilan, Kar­tika Sari Dewi Shukarno, 32, beliau menjelaskan sebatan yang diputuskan di bawah undang-undang Islam bu­kan sama seperti dilaksana­kan kerajaan Pusat untuk penjenayah yang melanggar undang-undang Persekutu­an.
Menurutnya, sebat yang di­laksana tidak mendatangkan sakit atau kemudaratan te­ruk, bahkan jelas menggu­nakan rotan yang hanya se­besar jari, manakala tangan tukang sebat yang mengha­yun rotan pula diangkat ti­dak melebihi daripada ke­tiak.

“Maknanya rotan yang di­gunakan itu kecil, ketika menghayunkannya (untuk hukum) pula tidak boleh tinggi, menjelaskan tangan hanya diangkat sedikit sa­ja....tidak sakitlah maknanya dan taklah seperti dibuat di penjara...terlalu berat.

“Saya nasihatkan mereka supaya janganlah buat ke­nyataan sebarangan, hati-ha­ti bila berucap sesuatu ja­ngan sampai menyebabkan mereka terkeluar dari lan­dasan Islam sebenar,” ka­tanya.
Harussani turut memberi­tahu hukuman enam sebatan ke atas Kartika kerana ke­salahan meminum arak bu­kan bertujuan mendera, jauh sekali mendatangkan kesa­kitan sebaliknya dibuat un­tuk mengajar dan wajar di­saksikan ramai orang sebagai pengajaran bermakna..... METRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails