Sabtu, 20 Mac 2010

BEBASKAH MEREKA?

Siapa tidak kenal beliau ini, seoarang yang menjadi ahli parlimen bebas sejak sekian lama dan menang di Pasir Mas PRU 2008. 


Zulkifli Nordin yang telah dipecat oleh PKR dan menjadi ahli parlrmen bebas.
Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR kerana tidak setuju tentang pandangan pimpinan PKR berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Sealain daripada mereka, Baru-baru ini, dua Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng keluar parti dan turut mengisytiharkan diri wakil rakyat bebas. Mereka tidak menyatakan secara terbuka kemesraan terhadap Barisan tetapi kebencian meluap dilafazkan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan PKR dan DAP.


Pada September 2008, apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan, dua Ahli Parlimennya mengumumkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas. SAPP marah dengan Barisan dalam soal hak Sabah tetapi tidak pula mesra dengan Pakatan. 

Fenomena ini telah menjadi tren kepada ahli politik kini. Fenomena ini juga boleh menyebabkan ketidakstabilan politik tanah air. Sekarang ini, di Parlimen Malaysia jika  10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari parti masing-masing sekarang, Barisan Nasional secara automatik akan kembali menguasai dua pertiga majoriti Dewan Rakyat.Ini akan membuka peluang yang cukup untuk Barisan Nasional mengubak undang-undang bagi memperkukuh kedudukan mereka.

Biasanya yang melompat itu dari pembangkang kepada parti pemerintah. Yang menjadi satu fenomena baru adalah melompat parti tanpa menyertai parti lain; sebaliknya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Apa yang nak ditegaskan disini bebaskah mereka dan setakat mana dengan kebebsan yang ada pada mereka dapat membela rakyat utuk terus maju dan hidup denagn selesa.

Jumaat, 12 Mac 2010

FITNAH: ROSAKKAN JEMAAH

Fakta yang diterima oleh sesorang yang tidak mempunyai ilmu bagi menganalisis dan memilki hanya sedikit hujjah yang kabur yang disanggka benar dicampurkan dengan pelbagai sangkaan yang berlebihan.
Begitulah seseorang yang boleh merosakkan jemaah dari dalam.

Fitnah yang berlaku bukan kerana kesahihan dan kebenarannya , tetapi ianya bergantung kepada sedikitnya
kebenaran yang ada dan dicampurkan dengan pelbagai andaian dan prasangka yang tidak disiasat terlebih dahulu.

Perkara ini amat mudah berlaku apabila perkara yang diteri itu disampaikan dengan lisan kepada penerima, secara tidak langsung sangkaan dan andaian tersebut akan bertambah.

Dalam jemaah khususnya, perkara atau ijtihat yang diputuskan oleh pimpinan yang berasakan bannyak faktor seperti keadaan semasa dan halangan    tertentu yang dihadapi oleh jemaah terutama dengan berhadapan dengan pelbagai kerenah ahli, orang ramai dan yang terutamnya musuh-musuh Allah yang setiap saat dan ketika melihat dan memerhatikan pergerakan jemaaah.

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Apa yang penting disini adalah, dalam masa yang sama jemaaah perlu menjaga pelbagai perkara yang penting dalam pergerakan jemaah seperti sesuatu tidak boleh dibincangkan secara terang-terangan oleh pimpinan bagi menjaga beberapa perkara seperti;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,


- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,

- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,

- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,

- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,

- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,

- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)


Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.

* Petikan (bersama terjemahan bebas) dari buku Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah - Muhammad Ahmad Ar-Rashid m.s. 65-67

Khamis, 11 Mac 2010

KETIKA DITIMPA MUSIBAH

Salam kepada rakan perjuangan

Hidup di dunia ini adalah ujian. Setiap masa dan ketika ujian pasti akan datang. Ujian senang, ujian susah, ujian bala musibah dan macam-macam lagi.




Apabila musibah menimpa kita, maka kita harus segera mengambil sikap agar beban menjadi ringan bahkan menjadi rahmat. Kita tidak jadi orang hilang pedoman dan arah tuju......maki hamun, merepek, bertindak luar batasan syariat dan lain-lain.



* Pertama, apabila ditimpa musibah hendaknya kita membaca ’innaa lillaahi wainnaa ilaihi raaji’uun’ (“Sessungguhnya kita milik Allah dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan”). Allah Ta’ala berfirman,

“iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah mereka mengucapkan “innaalillaahi wa-innaa ilaihi raaji’un”.



Rasulullah bersabda,

“Tidaklah seorang hamba ditimpa musibah lalu beristirjaa’ niscaya Allah Ta’ala akan memberi ganjaran pada musibahnya dan akan menggantikannya dengan yang lebih baik darinya”. (HR.Muslim)



Ucapan istirja’ mengandung pengertian bahwa diri kita, keluarga dan harta benda adalah milik Allah Ta’ala. Ketika kita lahir, kita tidak memiliki apa-apa. Demikian pula sampai kita meninggal nanti kita tidak akan membawa apa-apa. Semua itu akan kita tinggalkan dan kita

tidak akan membawa sesuatu, kecuali amal shalih kita. Karena itu, persiapan diri adalah mutlak untuk menghadapi hari tersebut.



* Kedua, hendaknya kita yakin dengan takdir Allah Ta’ala baik dan buruknya. Ini penting, karena keyakinan dengan rukun iman yang keenam ini akan meringankan beban kita. Iman kepada takdir memberi kita semacam ‘kekebalan dini’ dengan kesadaran sedalam-dalamnya bahwa segala sesuatu yang telah, sedang dan akan terjadi itu telah tertulis di lauh al-mahfuzh. Dengan demikian, apapun yang menimpa kita tetap berada di dalam bingkai kesadaran, sehingga musibah akan terasa lebih ringan.



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam do’anya

yang terkenal, “…anugerahkanlah pada kami keyakinan yang menjadikan musibah terasa ringan…”. (HR. at-Tirmidzi dan al-Hakim).



Allah Ta’ala berfirman, artinya, “Tiada satu bencanapun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu kecuali telah tertulis pada kitab sebelum kami menciptakannya. Sunggguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan agar kamu tidak terlalu gembira dengan apa yang diberikan Allah padamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri”. (QS. Al-Hadiid: 22-23)



Ketika ada hal-hal yang luput, mengalami penderitaan, menghadapi kesulitan, kita tidak terlalu bersedih hati dan menjadikan kita berprasangka buruk kepada Allah.



* Ketiga, hendaknya kita bersyukur karena musibah yang menimpa kita tidaklah lebih besar dari yang menimpa orang lain. Begitu banyak orang yang mendapatkan musibah jauh lebih mengenaskan daripada kita. Seberat apapun musibah dunia yang menimpa kita, yakinlah masih ada lagi yang lebih berat. Tidak sedikit orang yang sebenarnya terkena musibah tapi dia tidak menyadarinya, yakni’ tertimpa musibah dalam agamanya. Yang mengherankan adalah tidak sedikit orang terjatuh pada musibah agama (musibah diniyah), namun ia sedikitpun tidak merasa sedih. Terjatuh pada perzinahan, makan riba, membunuh jiwa yang tidak halal, pergi ke dukun atau tukang ramal dan membenarkannya adalah di antara musibah diniyah, bahkan yang terakhir bisa menggelincirkan pelakunya dari Islam..



Itulah sebabnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan kita sebuah do’a agar kita tidak terjerumus musibah ini.

Dalam do’anya beliau bersabda, “Ya Allah jangan engkau jadikan musibah kami dalam agama kami”. (HR. Tirmidzi dan Hakim)



* Keempat, hendaknya kita sedapat mungkin tidak berkeluh kesah, menggerutu atas musibah yang melanda kita. Sebab itu semua tidak akan mengembalikan apa yang telah hilang. Berkeluh kesah juga menunjukkan seseorang tidak redha dengan takdir Allah Ta’ala. Bagi mereka yang menjaga shalatnya, menjaga kehormatannya, menunaikan zakat, beriman kepada Allah Ta’ala dan Hari Kemudian, maka tidak akan berkeluh kesah.



Mengeluh kepada manusia juga tidak tidak memberi banyak manfaat, karena bisa menodai kesabaran dan keridhaan. Para salafus solih jika mereka ditimpa musibah sekecil apapun, ia langsung mengeluhkannya kepada Allah. Bahkan di antara mereka ada yang mengeluh kepada Allah karena tali sendalnya putus. Kalau musibah mereka tergolong berat, seperti kematian anak, orang tua, kerabat dan lain-lain mereka berusaha menyembunyikannya dan tidak mengabarkannya kecuali untuk urusan memandikan, menshalatkan, dan menguburkannya.



* Kelima, kita harus yakin bahwa apa yang menimpa jika kita sabar dan redha, maka Allah Ta’ala pasti memberikan gantinya. Allah Ta’ala akan memberi kenikmatan, berkah, kelezatan, kebaikan yang berlipat ganda.



Bahkan musibah yang melanda akan menghapuskan dosa-dosa dan akan menyucikan jiwa-jiwa kita. Allah Ta’ala berfirman, artinya, “Mereka itulah yang akan mendapatkan shalawat dari Tuhannya, rahmat dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk” . (QS. al-Baqarah: 157).



Semoga kita menyikapi setiap bencana yang menimpa kita dengan baik dan benar. Sabar dan redha serta selalu bersyukur kepada Allah Ta’ala, insyaAllah kita akan mendapatkan kelezatan iman.

Isnin, 1 Mac 2010

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi.

Seronok mengaji tetapi tidak sampai kesedaran tentang tuntutan mengajar.
Kata Nabi SAW
“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”

Maka seorang mukmin yang mengikut jalur kenabian akan segera mahu memberi sejurus selepas menerima, apatah lagi dalam soal-soal kebaikan:


“Tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu sehingga dia itu suka untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri”
Dalam erti kata yang lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dengan menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula.


Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna.


Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails