Isnin, 5 Oktober 2009

sebat dalam islam

Keputusan Mahkamah Syariah di Kuantan sebelum ini telah mencetuskan polimek dikalangan banyak pihak. Ada yang menyokong, tidak kurang pula yang menentang. Kalangan yang bercita-cita untuk mengegakkan syariat Islam berpendapat keputusan itu wajar kerana ia selari dengan roh Syariat itu sendiri. Bagi yang menentang pula memberi berbagai alasan termasuk ia adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan, apa lagi yang dijatuhkan hukum itu adalah wanita. 


SEBAT CARA ISLAM



























 

cara sebat dalam Islam ni lebih baik dari sebat cara hukuman sivil. Atau dgn kata lain. sebat dalam Islam lebih berperikemanusiaan dari cara hukuman sivil. dalam syariah, cara nak sebat, masa nak angkat rotan tu, tak boleh nampak ketiak kita ( hadith rasulullah) misalannya, kalau kita kepit buku kat ketiak tu dan angkat rotan untuk sebat pesalah tu, buku tu tak jatuh. rotan yg digunakan bagi pesalah jenayah syariah adalah lebih kecil diameternya dari svil. Objektif dilaksanakan hukuman adalah li ta'dib-untuk mendidik dan bukannya li ta'ziib-untuk menyiksa pesalah. Kesan dari sebatan tidak boleh berdarah pada kulit pesalah tapi bagi pesalah sivil hmm.. parut tu hanya akan hilang selepas 2 tahun. Ini pun bergantung pada jenis kulit jugak..
pendakwa syarie, pengawai jabatan agama dan hakim2, jgn takut untuk memastikan penjenayah yg melakukan jenayah yg membawa hukuman sebat, jgn takut untuk melaksanakan tugas anda.Negeri2 lain selain dari negeri kelantan, ikut lah jejak langkah negeri kelantan yg telah pun melaksnakan hukuman sebat ini sejak 1987 lagi. kalau yg belum beli rotan lagi, sila lah ke kedai buat survey, yg mana satu rotan yg sesuai mengikut syara' untuk digunakan.


ada ditunjukkan gambar dan demonstrasi cara sebatan yg dibuat oleh pegawai penjara.. takuuut saya tengok. utuk pesalah sivil saya tengok, tukang sebat tu, pusing 360' untuk menyebat pesalah. Pah bakpo, tak terberak n terkencing pesalah. pengsan tu biasa lah, kata pengawai penjara. Menurut Tuan Abu Bakar Abdullah Kutty, Ketua pendaftar mahkamah syariah negeri Kelantan, masa dia tengok demonstrasi di jabatan penjara ( masa tu dia jadi ketua pendakwa syarie-hok bengkeng sekali padahal tu) lepas tengok, 3 hari dia demam. tak tau kalau saya yg tengok.. pengsan tak bangun2 lagi kot!




jadi, fahamlah dan fikirlah. mana yang lebih baik, khususnya yang menetang hukuman syriah serta hudud dijalankan. apakh anda tikak boleh berfikir dengan akal yang waras.. kepada sister in islam dan sekutunya termasuklah yang menyokong mereka fikirlah semula. moga-moga anda akan tergolong  dalam orang-orang yang membela islam.




Ahad, 4 Oktober 2009

Elak dari belajar ilmu salah.

Berbicara tentang ilmu yang salah ini sememangnya perlu kerana ilmu yang salah ini kemungkinan besarnya tidak dapat diketahui adakah salah ataupun betul. sahabat saya sering membicarakan tentang golongan wahabi. nak berbicara tentang wahabi ini tidak dapat dijelaskan kerana amat kurang ilmu tentang tauhid. tapi boleh dikongsikan disini, bagaimana kita sebagai orang mukmin yang sayangkan islam  nak mancegah pegangan golongan wahabi ini terserap masuk dalam dada orang mukmin ini. selain golongan wahabi dan mazhab yang selain daripada mazhab ahli sunnah wajamaah, ada juga ajaran-ajaran sesat yang banyak di negara ini. sebagai contoh ajaran haji kahar yang medakwa dirinya sebagi rasul melayu ajaran ayah Pin yang memerintah karajaan langit yang beroprasi di besut terengganu yang mana juga tempat kelahiran salah seorang sahabat saya.

Menurut Imam Maliki " Janganlah kamu mengambil ilmu (berguru) kepada empat golongan ini"

  1. mereka yang rendah ataupun berperanagai buruk
  2. mereka yang mengikut hawa nafsu dan selalu melakukan kejahatan
  3. mereka yang mendustakan hadis nabi
  4. mereka yang  melakukan perkara bidaah dalam beribadat kepada Allah.
melalui pesanan yang diberikan oleh imam maliki  dapatlah kita mengambil pengajaran dan tidakan yang sewajarnya agar tidak terjebak dalam golongan yang sesat ini dan seterusnya dapat memesongkan akidah kita kepada Allah. disamping itu, mohonlah kepada Allah agar tidak tergolong dalam kalangan ini.

Apabila kita hendak menuntut ilmu agama atau dihampiri oleh golongan tertentu kita hendaklah bertanya beberapa soalan untuk memastikan kesahihan ilmu yang diajar. Pertamanya, ilmu ini diambil dari kitab mana. Ia perlulah dari kitab yang muktabar dan kalau tidak ada kitab atau ilmu laduni sesiapapun boleh merekanya. Kedua, siapa yang memakai ilmu ini kerana Ahli Sunah mempelajari tiga ilmu iaitu fekah, tauhid dan tasauf


Sabtu, 3 Oktober 2009

boikot sister in islam dan sekutunya

JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.
rentetan isu sebat ke atas kartika yang mengaku minum arak telah menyebabkan sister in islam (sis) dan sekutunya telah membuat tuntutan terhadap mahkamah tinggi kuatan agar tangguhkan hukuman terhadap kartika dan menggesa kerajaan mengkaji semula hukuman ini dijalankan. akibat daripada itu, banyak pihak telah menyelar tindakan yang dibuat oleh sis dan sekutunya. antararanya, 14 NGO Islam pahang,  pemuda pas dan lain-alin. Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah negeri Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.  sis perlu melihat hukuman ini secara positif, menurut hukuman yang akan dilakukan ia tidak sama dengan hukuman yang dijatuhkan keatas jenayah sivil. hukuman ini tidaklah seteruk yang disangka., ianya hayalah memberikan pengajaran kepada pesalah.
tidakan yang dilakukan oleh sis dan sektunya adalah satu usaha untuk menyekat hukuman syariah tidak dilakukan walhal sis tidak pula menyoal tentang hukaman sivil yang dilakukan oleh kerajaan. jelas disini memperlihatkan perjuanagn yang dilakukan oleh sis dalam hak asasi manusia. retetan yang dilakukan oleh sis dan sekutunya ini akan memberikan impak yang besar kepada rakyat khususnya yang beragama islam. orang yang kaut imannya sudah semestinya akan menentang kerana hukuman yang dilakukan ada nas yang jelas dan menjadi enkmen daam negeri pahang. 
 
"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.

Rabu, 30 September 2009

bukan wahabi

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.


Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

"'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.

"Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal," katanya.

Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan Istilah Wahabi bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah Kaum Muda.

Katanya, gerakan pembaharuan Kaum Muda dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Sheikh Al- Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita.
'Tidak sesuai'
Beliau berpendapat, pendekatan pembaharuan yang diperkenalkan Muhammad di Arab Saudi pada 1701 tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia kerana cirinya yang keras, akibat “situasi padang pasir” ketika itu.

“Di Barat, Wahabi ini selalu dikaitkan dengan kegananasan,” jelas beliau yang dilantik sebagai ahli majlis agama Islam Perlis baru-baru ini.

Ditanya kenapa perdebatan agama di Perlis hanya melibatkan isu-isu kecil fekah semata-mata, Dr Mohd Asri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tidak banyak tokoh-tokoh besar Kaum Muda di negeri itu.

“Mungkin kita banyak tokoh-tokoh kecil di Perlis. Bukan hendak kata mereka salah. Tetapi tokoh-tokoh kecil ini melihat perkara-perkara yang kecil.

“Sebab itu, waktu saya dulu (ketika jadi mufti), saya cuba menimbulkan isu-isu yang lebih besar dan sejagat,” jelasnya.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di Perlis apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Tempatnya itu digantikan timbalan mufti Sarawak Dr Juanda Jaya yang dikatakan mempunyai pandangan agama yang sealiran dengannya.


berjubah merah


setelah berjaya diperingkat ini tidak bermakna anda akan bejaya selamanya. biarlah kejayaan pada saat ini menjadi lonjatan untuk berjaya dimana sahaja kita berada. perjuangan seorang muslim tiada titik noktahnya. berjubah merah tanda kemenangan, kepuasan dan kegembiraan pada saat ini. adakah kepuasan, kegembiraan yang dikecapi saat ini akan kekal selamanya?? tidak sama sekali!! peliharalah kejayaan pada hari ini untuk lebih berjaya pada hari yang mendatang.. kamilah wajah pemimpin masa depan.. yang akan membangunkan negara dengan tangan masing-masing. segak bergaya , berbaju melayu bersongkok hitam bagaikan baru pulang bersidang.

sahabat seperjuangan

sahabat seperjuagan sekalian ingatkah dimana sahaja kamu berada, allah akan bersama kamu. pakaian sudah putih, harap-harap hatipun putih sama. sahabat yang telah berpisah selama ini, walau di sabah, sarawak, kelantan terengganu dan dirumah ingatlah perjalanan kita masih jauh bukan di dunia bahkan di akhirat kelak. carialh bekalan keduanya agar kamu hidup di dunia dan di akhirat dangan selamat. bergambar dengan penuh segak dan bergaya biarlah berpada.

Khamis, 24 September 2009

menangislah anda akan sihat

Menagislah anda akan sihat

Air mata terbahagi kepada tiga ketogori demikian menurut kajian para sainstis dan pakar-pakar perubatan. Pertama, air mata yang berfungsi mmemastikan mata kita sentiasa lembab. Kedua,air mata hasil gerak balas kepada sesuatu rangsangan saraf. Air mata ini akan terhasil secara spontan apabila berlaku ganguan kepada mata. Misalnya habuk dan hawa daripda bawang. Ketogori ynag ketiga, air mata emosi dan ia terbahagi kepada beberapa sub ketogori mengikut emosi. Air mata ini mengandungi bahan –bahan kimia dan hormon yang berbeza yang diapati berfungsi mengaitkan dengan penyakit-penyakit berkaitan dengan emosi. Seperti diprisi. Bahan-bahan kimia dan hormon ini memang perlu dinyahkan dari tubuh, seperti kita membuang sisa kotoran ke dalam tong sampah.
Air mata gembira adalah seperti air garam atau air laut. Air mata yang menitis akibat sedih, bagaimanapun, menurut para sainstis menagndungi kimia-kimia, enzim serta hormon yang lazimnya terdapat dalam penyakit ketumbuhan, ulser, bengkak dan kanser.
Ini bermakna, menangis apabila dalam kesedihan akan membamtu kita membuang sebahagian daripada toksik-toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Berdasarkan kajian juga, para saintis dan pakar perubatan menyatakan, lebih kerap seseorang itu menagis lebih sihat tubuh mereka. Ini kerana air mata bertindak sebagai pemilih tubuh secara semula jadi.
Selain air mata, ketawa juga baik untuk tubuh. Menuru pakar –pakar perubatan, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan melancarkan peredaran darah serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel antibodi yang berfungsi melawan dan menghapuskan penyakit dalam badan . ketawa juga membantu mengurangkan hormon setris.
Pembaca yang budiman, ketawa dan menagislah apabila perlu. Kerana keduanya ini tuhan ciptakan membolehkankita hidup lebih sihat.

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails