Selasa, 13 April 2010

PRK HULU SELANGOR: MUNGKIN ZAID VS PALANIVEL

Datuk Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut

sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.
“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi kepada wartawan Malaysiakini di luar rumah ketua pembangkang di Segambut, Kuala Lumpur.


Barisan Nasional akan mengumumkan calon pada 15 April 2010,desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu. Datuk G Palanivel yang juga timbalan presiden MIC yang menjadi ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal sejak 1990 tetapi ditumbangkan dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum 2008 berharap dapat kembali ke Dewan Rakyat.
 
Disebelah, merupakan statistik pilihan raya Hulu Selangor bagi tahun 2004 dan 2008. Majoriti pengundi adalah orang melayu yang mungkin memberikan kelebihan kepada Zaid Ibrahim bagi mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor  bagi pihak Pakatan Rakyat.
 
PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.


Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails