Sabtu, 20 Februari 2010

Cintailah Jamaah Jangan Rosakkannya

1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama. Walau pun di mana sahaja jemaah itu berada ia tetap dengan tujuan yang sama .



2. Justeru itu , Jamaah ini mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.



3. Ini perbedaan utama Jemaah dengan parti - parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.



4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen - elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti - parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.



5. Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .



6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .



7. Wala' , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma - terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala' , thiqah dan taat .



8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala' , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .



9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan - keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah - kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik - polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu " saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah ..." barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan " seperti tikus membaiki labu "



10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :



a ] erat hubungan ,

b ] mantap tindakan dan

c ] kukuh benteng pertahanannya .



Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap . Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadikan jemaah yang mantap. Justeru itu, ahli jemaah perlulh menjaga saluran yang boleh memperkukuh jemaah seperti usrah, tamrin dan lain-lain.

sumber; episodsebuahperjuangan.

Jumaat, 12 Februari 2010

Amaran 14 Februari -VALENTINE'S DAY - Hukum di Sisi Islam




1. Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasi (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.



2. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - pesidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.

Hujjah:

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;

2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;

3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;

4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan

5. barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud:



"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32"



Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA
Sumber :Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Download/KoleksiAt-Taqwa/At-Taqwa9/At-Taqwa9(12-13).pdf





Adab dalam Jemaah

Cintailah Jamaah
Jangan Mengkhianatinya .

1. Antara prinsip keutuhan dan kekuatan berjamaah ialah perlaksanaan konsep al wala' yang betul dan benar .
2. Istilah al wala' memberi banyak erti dan nilai perlaksanaan ke arah membentuk sebuah Gerakan Islam yang mantap dan berwibawa .
3. Selain kesetiaan , kejujuran , tidak berlaku curang , tidak khianat terhadap jamaah serta kepimpinannya , al wala' juga meletakkan anggota dan pimpinan jamaah sedia akur terhadap dasar dan prinsip serta peraturan dan arahan jamaah . Dengar dan taat menjadi sebahagian daripadanya.

4. Tanggapan al wala' akan menjadikan anggota jamaah terkongkong dan tidak bebas untuk memberi pandangan dan teguran terhadap pimpinan mereka , adalah satu tanggapan yang liar dan tidak berasas . Sebaliknya tanggapan itu lebih bersifat prejudis terhadap prinsip mulia ini . Ia dilihat sebagai satu percubaan untuk membebaskan diri dari ikatan al wala' bagi membolehkan ia bebas tanpa kawal , mengkritik jamaah dan pimpinan secara terbuka sekaligus melondehkan segala kelemahan dengan meng"atasnama"kan kebebasan bersuara dan hak individu [ peribadi ] dalam bertindak , menulis dan bersuara .

5. Al Wala' sebagaimana saya sebutkan diatas menjadi asas keutuhan berjamaah , justeru ia adalah manifestasi dari sebuah kesetiaan dan kejujuran berjuang dan berjamaah . Kesetiaan dan kejujuran ini pula membawa kita membina ukhuwwah fillah [ persaudaraan berasaskan iman dan taat kepada Allah swt ] . Prinsip inilah menjadikan jamaah kita utuh dan sukar ditembusi oleh "peluru" musuh untuk memporakperandakan jamaah dari dalam .

6. Al Wala' bukan mengongkong anggota jamaah tetapi mengawal dan membentenginya agar kukuh dan kuat . Jika sesebuah organisasi biarpun apa dasar perjuangannya membebaskan diri dari kesetiaan dan kejujuran lalu membiarkan anggota bebas keluar dan masuk serta bebas pula mengkritik dan melondehkan kelemahan , saya yakin organisasi itu sedang menuju kehancuran dan kemusnahan .

7. Sewajarnya diinsafi bahawa :
a ] Kesilapan adalah untuk diperbetulkan ,

b ] Kelemahan adalah untuk diperbaiki dan

c ] Kekurangan adalah untuk ditampung .
Lantaran itu , Gerakan Islam sememangnya telah menyediakan saluran yang mencukupi untuk sebarang usaha

a ] memperbetulkan kesilapan ,

b ] memperbaiki kelemahan dan

c ] menampung segala kekurangan .
Ianya sayugia dilakukan oleh anggota dan pimpinan jamaah malah ia boleh dilakukan dalam prinsip al Wala' yang benar dan tepat tanpa perlu membebaskan diri dari ikatan al Wala' juga tidak perlu membuat satu usaha untuk memberi persepsi yang salah dan buruk terhadap konsep al Wala' .

8. Al Wala' tidak menghalang anggota untuk menegur pimpinan mereka demikian juga sebaliknya . Sebagaimana Al Wala' pula tidak membenarkan anggotanya mematuhi arahan pimpinan secara membabi buta sekalipun membabi celik . Apa yang dikehendaki dari al Wala' ialah bersedia untuk menegur pemimpin jika ia salah dan bercanggah tindakannya dengan syara' demi setia dan jujur kepada jamaah . [ bukankah Islam mengajar tiada dengar dan taat kepada makhluk dalam perkara yang memaksiatkan khaliq - Allah swt ]


9. Namun ia tidak bermaksud merendah dan menjatuhkan kredebiliti juga maruah pimpinan dengan kritikan dan teguran yang tidak beradab serta terbuka kepada umum seperti sengaja mahu membina persepsi buruk dan negatif terhadap pimpinan agar mudah untuk diguling dan dijatuhkan kelak . Wal'iyazubillah .

Dalam kedudukan yang sama , dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak menyuruh ke arah melakukan maksiat dan mungkar adalah satu kewajipan dan amanah anggota terhadap kepimpinannya . [ bukankah Islam mengajar kita dengar dan taatlah kepada pimpinan sekalipun dalam perkara yang kita suka atau tidak suka .] bacaan

10. Prinsip tegur menegur , bina membina , nasihat menasihati dan kritik mengkritik adalah suatu yang sangat baik malah turut diajar oleh agama bahkan saya sangat setuju ianya dihidup suburkan dalam jamaah tetapi biarlah ia berlaku dalam suasana :

a ] Mahabbah fillah [ kasih sayang kerana Allah ]
b ] Ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ]
c ] Al Wala' [ kesetiaan dan kejujuran terhadap jamaah ]

Khamis, 11 Februari 2010

lama ku merenung....

saat yang berlalu dengan cepat kurasakan begitu pantas.. lama dah tidak menulis dan mengupas isu-isu semasa yang panas-panas kerana ada masalah teknikal. Bersyukur kepada tuhan kerana memberi lagi keizinannya untuk menuruskan perjuang yang telah lama ku tinggalkan. beberapa isu seperti pengguanaan kailmah Allah, kes liwat, royalti, MB perak dan lain-lain tidak diberikan kesempatan oleh Allah. mungkin ada hikmah disebaliknya.. Insyallah..

Isu-isu yang menjadi buah mulut waraganegara Malaysia seperti isu MB Perak yang berpihak kepada Zamby. Pelik ke??? tapi benar!!!
Sesetengah pihak menyatakan tidak setuju dengan lima penal hakim yang membuat keputusan tersebut seperti dan biasalah ada yang bersetuju.

  

 Dato'Sri Nizar pula terlepas peluang... walaupun begitu, beliau tetap bersemangat dalam perjuangan. Moga dapat rampas balik pada PRU ke 13 nanti. Insayallah.

Datuk NG Chan seorang pesara hakim merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan  tersebut.Beiau berpendapat, malaysia berada dalam pemerintahan secara total oleh Barisan Nasional. Ini bermakna, keputusan mahkamah ini berkemungkinan besar ada kaitan dengan politik negara mungkin. 

Dalam pada itu,veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Walaupu apapun, pandangan mereka ini  tidak mungkin mengubah apa-apa yang telah diputuskan di mahkamah. Namun mungkin akan memberi sedikit kesedaran kepada orang yang buta mata hati. jadi... fikir-fikirkan lah.



Kenyataannya.. orang yang paling gembira dalm hal ini. PM 1 Malaysia yang disayangi oleh rakyat Malayasia.

Khamis, 5 November 2009

Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!


 KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusa

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.
Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).

�Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,� ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.
Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.
Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.
Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.

�Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,� ujarnya.
Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.
Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.
�Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,� ujarnya.
Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

sumber:harakah

Rabu, 4 November 2009

Dr Asri: Saya Bukan Wahabi Dan Tak Tahu Apa Itu Wahabi!





PETALING JAYA: Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.
Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.
Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.
Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi?
"Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi. Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut," katanya.
Dr Asri juga mencabar pihak tertentu yang mendakwa beliau menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini tampil mengemukakan bukti kukuh.
"Jika tidak tahu, jangan membuat tafsiran melulu," kata tokoh agama yang disegani ini.
Jelasnya lagi, hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi.
"Majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.
"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.
"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.
Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.
"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara.
"Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.
Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.
"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.
Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.
Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Insiden penahanan malam kelmarin tidak sedikitpun melunturkan semangat juang Dr Asri untuk menegakkan syiar Islam.
"Jika mana-mana pandangan, pendapat atau ilmu saya tidak sama dengan pendapat serta kehendak sesetengah pihak, janganlah saya dengan sewenang-wenangnya dituduh menyesatkan.
"Dan lagi, jangan guna akta dan kuasa yang ada untuk menghalang masyarakat untuk mendapatkan ilmu yang baik," kata Dr Asri.

SUMBER:      http://www.mstar.com.my

Isnin, 2 November 2009

DR MAZA DITANGKAP


Gambar-gambar sekitar penagkapan DR MAZA di sebuah ruamah  sebuah banglo di Ampang oleh JAIS bersama  pihak polis semasa berceramah kira-kira pukul 12.10. Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor BERNAMA.
 
Beliau sebelum ini seorang Mufti yang banayak kontrovesi. Ada sesetengah pihak menyatakan beliau seorang wahabi, walaubagaimanapun beliu telah menjelaskan sebelum ini beliau bukan wahabi.

Antara sebab beliau ditangkap kerana tidak memepunyai tauliah dari JAIS untuk memberikan kuliah agama. 
 
Menurut Ketua Pemuda Pas Pusat ust Nasarudin Tantawi, beliua amat kesal atas tindakan yang di buat oleh JAIS kerana membuat penagkapan tersebut dan  menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Dari sudut lain penangkapan oleh Jais itu walaupun Asri mengakui beliau ada masalah dengan Jais kemungkinan ianya untuk memberi imej buruk kepada kerajaan Pakatan Selangor. Dengan penangkapan itu memberi imej kerajaan Pakatan Selangor cuba menghalang pengembangan agama Islam.

Dalam perkembangan lain, Asri dibawa ke pejabat agama Gombak hari ini untuk diambil keterangan. [wm.kl. 9:45 am 02/11/0.

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails