Sabtu, 20 Mac 2010

BEBASKAH MEREKA?

Siapa tidak kenal beliau ini, seoarang yang menjadi ahli parlimen bebas sejak sekian lama dan menang di Pasir Mas PRU 2008. 


Zulkifli Nordin yang telah dipecat oleh PKR dan menjadi ahli parlrmen bebas.
Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR kerana tidak setuju tentang pandangan pimpinan PKR berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Sealain daripada mereka, Baru-baru ini, dua Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng keluar parti dan turut mengisytiharkan diri wakil rakyat bebas. Mereka tidak menyatakan secara terbuka kemesraan terhadap Barisan tetapi kebencian meluap dilafazkan secara terbuka terhadap pucuk pimpinan PKR dan DAP.


Pada September 2008, apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan, dua Ahli Parlimennya mengumumkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas. SAPP marah dengan Barisan dalam soal hak Sabah tetapi tidak pula mesra dengan Pakatan. 

Fenomena ini telah menjadi tren kepada ahli politik kini. Fenomena ini juga boleh menyebabkan ketidakstabilan politik tanah air. Sekarang ini, di Parlimen Malaysia jika  10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari parti masing-masing sekarang, Barisan Nasional secara automatik akan kembali menguasai dua pertiga majoriti Dewan Rakyat.Ini akan membuka peluang yang cukup untuk Barisan Nasional mengubak undang-undang bagi memperkukuh kedudukan mereka.

Biasanya yang melompat itu dari pembangkang kepada parti pemerintah. Yang menjadi satu fenomena baru adalah melompat parti tanpa menyertai parti lain; sebaliknya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Apa yang nak ditegaskan disini bebaskah mereka dan setakat mana dengan kebebsan yang ada pada mereka dapat membela rakyat utuk terus maju dan hidup denagn selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails