Jumaat, 12 Mac 2010

FITNAH: ROSAKKAN JEMAAH

Fakta yang diterima oleh sesorang yang tidak mempunyai ilmu bagi menganalisis dan memilki hanya sedikit hujjah yang kabur yang disanggka benar dicampurkan dengan pelbagai sangkaan yang berlebihan.
Begitulah seseorang yang boleh merosakkan jemaah dari dalam.

Fitnah yang berlaku bukan kerana kesahihan dan kebenarannya , tetapi ianya bergantung kepada sedikitnya
kebenaran yang ada dan dicampurkan dengan pelbagai andaian dan prasangka yang tidak disiasat terlebih dahulu.

Perkara ini amat mudah berlaku apabila perkara yang diteri itu disampaikan dengan lisan kepada penerima, secara tidak langsung sangkaan dan andaian tersebut akan bertambah.

Dalam jemaah khususnya, perkara atau ijtihat yang diputuskan oleh pimpinan yang berasakan bannyak faktor seperti keadaan semasa dan halangan    tertentu yang dihadapi oleh jemaah terutama dengan berhadapan dengan pelbagai kerenah ahli, orang ramai dan yang terutamnya musuh-musuh Allah yang setiap saat dan ketika melihat dan memerhatikan pergerakan jemaaah.

Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.

Apa yang penting disini adalah, dalam masa yang sama jemaaah perlu menjaga pelbagai perkara yang penting dalam pergerakan jemaah seperti sesuatu tidak boleh dibincangkan secara terang-terangan oleh pimpinan bagi menjaga beberapa perkara seperti;

- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,


- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,

- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,

- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,

- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,

- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,

- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)


Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.

* Petikan (bersama terjemahan bebas) dari buku Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah - Muhammad Ahmad Ar-Rashid m.s. 65-67

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails