Rabu, 30 September 2009

bukan wahabi

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah mendokong fahaman Wahabi seperti tanggapan umum terhadapnya selama ini.

Oleh itu, beliau menolak tanggapan bahawa beliau terbabit dalam usaha untuk mengembangkan fahaman tersebut ketika menjadi mufti Perlis.


Sebaliknya, kata tokoh agama yang sering mengundang kontroversi itu, Wahabi tidak pernah bertapak di Perlis.

Menurutnya, fahaman juga tidak sama dengan "Sunnah Perlis" yang diamalkan oleh sebahagian penduduk Perlis sekarang.

"'Sunnah Perlis' bukanlah Wahabi, sebaliknya satu aliran pembaharuan bagi memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Perlis tidak pernah menjadi Wahabi. Buku-buku (tokoh Wahabi) Muhammad Abdul Wahab tidak pernah diajarkan di Perlis. Pandangannya tidak pernah timbul dan dirujuk.

"Beliau bukanlah seorang ahli fekah. Kalau tanya orang Perlis siapa Muhammad Abdul Wahab, mereka pun tidak kenal," katanya.

Tokoh agama muda itu mengulas kekeliruan berhubung penggunaan Istilah Wahabi bagi merujuk kepada beberapa pandangan dan pengamalan agama negeri itu yang berbeza dengan pengamalan di negeri-negeri lain.

Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Mohd Asri berkata, istilah yang tepat bagi menggambarkan pengamalan agama di Perlis adalah Kaum Muda.

Katanya, gerakan pembaharuan Kaum Muda dikembangkan oleh tokoh-tokoh yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah, seperti Syed Sheikh Al- Hadi sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Gerakan itu, tambahnya, mahu menggerakkan perubahan dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pendidikan dan penindasan terhadap kaum wanita.
'Tidak sesuai'
Beliau berpendapat, pendekatan pembaharuan yang diperkenalkan Muhammad di Arab Saudi pada 1701 tidak sesuai untuk digunapakai di Malaysia kerana cirinya yang keras, akibat “situasi padang pasir” ketika itu.

“Di Barat, Wahabi ini selalu dikaitkan dengan kegananasan,” jelas beliau yang dilantik sebagai ahli majlis agama Islam Perlis baru-baru ini.

Ditanya kenapa perdebatan agama di Perlis hanya melibatkan isu-isu kecil fekah semata-mata, Dr Mohd Asri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tidak banyak tokoh-tokoh besar Kaum Muda di negeri itu.

“Mungkin kita banyak tokoh-tokoh kecil di Perlis. Bukan hendak kata mereka salah. Tetapi tokoh-tokoh kecil ini melihat perkara-perkara yang kecil.

“Sebab itu, waktu saya dulu (ketika jadi mufti), saya cuba menimbulkan isu-isu yang lebih besar dan sejagat,” jelasnya.

Perdebatan agama sentiasa tercetus di Perlis apabila terdapat beberapa fatwa dan pengamalan fekah yang berbeza diamalkan, antaranya seperti melaungkan azan hanya sekali untuk solat Jumaat, tidak membaca talqin untuk jenazah dan tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri memutuskan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

Tempatnya itu digantikan timbalan mufti Sarawak Dr Juanda Jaya yang dikatakan mempunyai pandangan agama yang sealiran dengannya.


berjubah merah


setelah berjaya diperingkat ini tidak bermakna anda akan bejaya selamanya. biarlah kejayaan pada saat ini menjadi lonjatan untuk berjaya dimana sahaja kita berada. perjuangan seorang muslim tiada titik noktahnya. berjubah merah tanda kemenangan, kepuasan dan kegembiraan pada saat ini. adakah kepuasan, kegembiraan yang dikecapi saat ini akan kekal selamanya?? tidak sama sekali!! peliharalah kejayaan pada hari ini untuk lebih berjaya pada hari yang mendatang.. kamilah wajah pemimpin masa depan.. yang akan membangunkan negara dengan tangan masing-masing. segak bergaya , berbaju melayu bersongkok hitam bagaikan baru pulang bersidang.

sahabat seperjuangan

sahabat seperjuagan sekalian ingatkah dimana sahaja kamu berada, allah akan bersama kamu. pakaian sudah putih, harap-harap hatipun putih sama. sahabat yang telah berpisah selama ini, walau di sabah, sarawak, kelantan terengganu dan dirumah ingatlah perjalanan kita masih jauh bukan di dunia bahkan di akhirat kelak. carialh bekalan keduanya agar kamu hidup di dunia dan di akhirat dangan selamat. bergambar dengan penuh segak dan bergaya biarlah berpada.

Khamis, 24 September 2009

menangislah anda akan sihat

Menagislah anda akan sihat

Air mata terbahagi kepada tiga ketogori demikian menurut kajian para sainstis dan pakar-pakar perubatan. Pertama, air mata yang berfungsi mmemastikan mata kita sentiasa lembab. Kedua,air mata hasil gerak balas kepada sesuatu rangsangan saraf. Air mata ini akan terhasil secara spontan apabila berlaku ganguan kepada mata. Misalnya habuk dan hawa daripda bawang. Ketogori ynag ketiga, air mata emosi dan ia terbahagi kepada beberapa sub ketogori mengikut emosi. Air mata ini mengandungi bahan –bahan kimia dan hormon yang berbeza yang diapati berfungsi mengaitkan dengan penyakit-penyakit berkaitan dengan emosi. Seperti diprisi. Bahan-bahan kimia dan hormon ini memang perlu dinyahkan dari tubuh, seperti kita membuang sisa kotoran ke dalam tong sampah.
Air mata gembira adalah seperti air garam atau air laut. Air mata yang menitis akibat sedih, bagaimanapun, menurut para sainstis menagndungi kimia-kimia, enzim serta hormon yang lazimnya terdapat dalam penyakit ketumbuhan, ulser, bengkak dan kanser.
Ini bermakna, menangis apabila dalam kesedihan akan membamtu kita membuang sebahagian daripada toksik-toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Berdasarkan kajian juga, para saintis dan pakar perubatan menyatakan, lebih kerap seseorang itu menagis lebih sihat tubuh mereka. Ini kerana air mata bertindak sebagai pemilih tubuh secara semula jadi.
Selain air mata, ketawa juga baik untuk tubuh. Menuru pakar –pakar perubatan, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan melancarkan peredaran darah serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel antibodi yang berfungsi melawan dan menghapuskan penyakit dalam badan . ketawa juga membantu mengurangkan hormon setris.
Pembaca yang budiman, ketawa dan menagislah apabila perlu. Kerana keduanya ini tuhan ciptakan membolehkankita hidup lebih sihat.

Khamis, 17 September 2009

pelik tapi benar

memperlihatkan isu ini, terpanggil untuk mengupas serba sedikit tentang tentang pelik tapi benar dalam undang-undang syriah malaysia kini. setelah 52 merdeka sampai nak sebat orang minum arak pun tak boleh... pelik.. tapi itulah hakikatnya dan kebenaran yang berlaku da;am negara islam yang bernama malaysia yang tercinta ini. isu kartiaka ini telah ditakdirkan oleh allah untuk memperlihatkan kepada kita semua apakah hukuman islam dinegara ini releven atau tidak, dengan bahasa yang mudah telah tiba kita semua kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya..
ketiadaan tukang sebat syariah sesuatu yang pelik sebabnya selama ini akta dalam negeri pahang hanyalah sekadar akta tetapi kaedah pelaksaannya tidak ada. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4.

Tangguh hukum Kartika hingga ada tukang sebat syariah

Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

"Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di KDN.

Beliau diminta mengulas mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang.

Semalam pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang Datuk Mohd Safri Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penangguhan hukuman sebat itu diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak memiliki tukang sebat syariah kerana selama ini tiada keperluan untuk jawatan berkenaan diwujudkan.

"Selagi KDN tidak bersedia, selagi itu hukuman ini tidak dibuat. Bagi saya kalau kita tak ada orang yang buat, macam mana kita nak laksanakan hukuman secara adil.

"Islam menuntut, kalau nak laksanakan mesti ikut hukum dan secara adil. Berapa lama masa yang diambil, jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya)," katanya.

Pelaksanakaan hukuman itu, kata Hishammuddin, akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah namun ia perlu mengikut kaedah dan syariat yang dibenarkan.

"Selama ini tidak ada keperluan, jadi tidak ada hukuman sebegini rupa dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Tapi sekarang dah ada, jadi kita kena bersedia.

Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini. BERNAMA

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

jom mengaji

Listen to Quran
Related Posts with Thumbnails